Frequently Asked Questions (FAQ)

Pelanggan Baru Unifi

Unifi ni apa?

UniFi ni servis internet yang disediakan oleh TM. Dia guna fibre optic untuk provide high speed internet. So memang laju.

Apa Beza Unifi dengan Streamyx?

UniFi – teknologi terkini untuk internet (fibre optic)

Streamyx – teknologi yang belakang sedikit dari unifi (copper)

Pendaftaran kena bayar ke?

Tiada caj dikenakan untuk mendaftar.

Macam mana nak check coverage unifi?

Untuk check unifi coverage, sila isi borang ini.

Rumah takde talian telefon, boleh pasang unifi ke?

UniFi ni guna cable fibre optic dan tak perlukan talian telefon. So kalau rumah anda takde talian telefon, still berpeluang pakai unifi as long as ada coverage.

Pakej unifi apa je yang ada?

Pakej UniFi ni ada banyak dan depend pada jenis premis (kediaman atau perniagaan). Sila klik disini untuk info lanjut.

Saya ada kedai tapi nak pasang pakej rumah. Boleh?

Tak boleh. Untuk entiti perniagaan, TM hanya benarkan ambil pakej Unifi Biz sahaja.

Boleh ke saya subscribe lebih dari 1 akaun unifi?

Boleh. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Berapa lama kontrak unifi?

Standard contract adalah 24 bulan.

Lepas daftar, berapa lama tempoh orang datang pasang?

Selepas mendaftar, pemasangan akan dilakukan dalam masa 2-7 hari bekerja. Saya akan cuba mendapatkan tarikh paling cepat, bergantung kepada kekosongan slot.

Boleh datang pasang unifi hujung minggu ke?

Boleh.

Untuk apartment dan kondo, pemasangan bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan bangunan.

Macam mana nak tukar tarik pemasangan?

Anda boleh tukar tarikh pemasangan UniFi dengan menghubungi talian Khidmat Pelanggan TM 100

Adakah pemasangan percuma?

Pemasangan Standard adalah percuma. Ada sesetengah keadaan, pemasangan mungkin dikenakan oleh pihak kontraktor TM. Boleh baca posting ni.

Kalau saya pindah rumah, boleh bawa unifi sekali?

Anda boleh bawa sekali.

Existing Customer

Macam mana nak upgrade

Untuk upgrade/ downgrade, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan TM 100

Boleh tak check bil secara online?

Boleh. Just layari UniFi Online Customer Service (http://unifi.com.my) dan daftar buat pertama kali untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Selain melihat bil, anda juga boleh mengemaskini profile, membuat perubahan pada langganan dan lain-lain lagi.

Macam mana nak bayar bil unifi?

Terdapat banyak pilihan pembayaran bil anda. Boleh rujuk posting ni: Kaedah pembayaran bil unifi